Perseorangan No.1 Singapura merangkap juara Kejohanan Dunia 2021, Loh Kean Yew tidak diberikan laluan mudah oleh pemain muda negara, Jacky Kok Jing Hong untuk mara ke peringkat suku akhir acara badminton individu di Sukan SEA 2021.
Dalam perlawanan tersebut, Jacky yang berusia 20 tahun dan berada di ranking ke-199 terlebih dahulu berhasil memenangi set pertama dengan skor 21-18 ke atas Kean Yew.
Namun begitu, Kean Yew yang merupakan “Top 10” perseorangan lelaki dunia bangkit memenangi set kedua dengan skor 21-15 sekaligus mengheret Jacky ke “rubber set” untuk menentukan pemenangnya.
RESULTS: #SEAGames2021 (Individual Event)
R16#SGP🇸🇬 Loh Kean Yew(1) def. #MAS🇲🇾 Kok Jing Hong 18-21 21-15 21-11#DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/wLuWbnWeac
— BAM (@BA_Malaysia) May 19, 2022
Di set penentuan, Jacky sudah mula kurang memberikan tentangan yang sengit dan Kean Yew dilihat lebih menyerlah. Dan set ini juga berkesudahan dengan Kean Yew merekodkan kemenangan dengan skor 21-11.
Sebagai perbandingan, ketika bertemu Kean Yew buat pertama kali dalam acara badminton berpasukan lelaki dua hari lalu, Jacky tumpas kepada Kean Yew scara “straight set” dengan skor 12-21 dan 12-21.
Sementara itu, Kean Yew yang meraih kemenangan akan membuat berhadapan dengan pemain Filipina, Jewel Albo di peringkat suku akhir kelak. Jewel mengesahkan kemaraan selepas menumpaskan pemain Kemboja, Meng Ly Heng di pusingan pertama.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia, Badminton Asia