Sukan SEA: Lee Shun Yang Bertemu Pemain No.1 Thailand Di Suku Akhir
May 19, 2022 Hafizuddin Omar

Perseorangan muda negara, Lee Shun Yang tiada masalah untuk mengatasi pemain Laos bagi melepasi Pusingan 1 dalam acara badminton individu, temasya Sukan SEA 2021.

Dalam perlawanan tersebut, Shun Yang, 20 tahun, merekodkan kemenangan ke atas Phonesack Sokthavy secara “straight set” dengan skor 21-5 dan 21-4.

Kemenangan itu membolehkan dia mengesahkan kemaraan ke peringkat suku akhir bertemu pemain No.1 Thailand merangkap juara kejohanan dunia remaja sebanyak tiga kali berturut-turut, Kunlavut Vitidsarn.

Untuk makluman semua, Kunlavut mara ke peringkat suku akhir selepas menundukkan perseorangan Vietnam, Le Duc Phat dengan skor.

Sebagai rekod, Shun Yang dan Kunlavut pernah berentap sebanyak satu kali. Pertemuan kedua-dua pemain ini berlangsung dalam kejohanan remaja bawah 19 tahun (B-19), Cabaran Antarabangsa Remaja Shera-Roza-BTY di Bangkok, Thailand pada tahun 2018.

Pertemuan tersebut dimenangi oleh Kunlavut secara “straight set” dengan skor 21-6 dan 21-19.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia & Badminton Association of Thailand

Komen