Sukan SEA: Gandingan Senior-Junior Jadi Wakil Tunggal Beregu Wanita Ke Suku Akhir
May 19, 2022 Hafizuddin Omar

Gandingan senior dan junior, Cheah Yee See-Cheng Su Hui menjadi wakil tunggal beregu wanita negara yang mara ke peringkat suku akhir dalam acara badminton individu di temasya Sukan SEA 2021.

Yee See-Su Hui yang berusia 26 dan 18 tahun masing-masing ini mara selepas menumpaskan wakil Vietnam, Pham Thi Kanh-Van An Than dengan skor 21-17. 13-21 dan 21-14 yang memakan masa satu jam dan 11 minit permainan pada Pusingan 1.

Menanti mereka di peringkat suku akhir yang dijadualkan berlangsung pada hari esok adalah samada beregu Kemboja, Phon Chenda-Sok Somalyta atau beregu Filipina, Airah Albo-Thea Pomar.

Sementara itu, sepasang lagi beregu wanita negara iaitu Go Pei Kee dan Yap Ling terpaksa akur kandas di Pusingan 1 sekaligus gagal meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir.

Gandingan ini gagal mara ekoran tumpas kepada beregu negara sebarang tambak, Singapura, Insyirah Khan dan Bernice Lim Zhi Rui dengan skor 21-10, 14-21 dan 18-21 dalam tempoh masa 57 minit permainan.

Komen