Kedua-dua beregu campuran negara berhasil menempah tiket ke peringkat suku akhir dalam acara badminton individu di temasya Sukan SEA 2021.
Pasangan Chen Tang Jie dan Peck Yen Wei mengesahkan kemaraan selepas menumpaskan beregu Laos, Vannthoun Vanth-Sok Somalyta secara “straight set” 21-5 dan 21-9 dalam tempoh masa 21 minit permainan sahaja.
Manakala Hoo Pang Ron dan Cheah Yee See pula mara selepas menyingkirkan satu lagi beregu Laos, Daomixay Vorlasing-Vilakone Kommanivanh juga menerusi “straight set” dengan skor 21-7 dan 21-7.
Dengan kemaraan ini, Chen-Peck yang diletakkan selaku pilihan keempat untuk memenangi pingat emas akan bertemu beregu Singapura, Terry Hee Yong Kai dan Jessica Tan Wei Han di peringkat suku akhir esok.
Sementara itu, Hoo-Cheah yang merupakan pilihan kedua untuk memenangi saingan ini pula akan berentap menentang beregu Thailand, Chaloempon Charoenkitamorn.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia