Pasangan beregu muda negara, Wan Arif Junaidi dan Muhammad Haikal yang terkenal dengan julukan “Patatimo Boys” tersingkir di Pusingan 1 dalam acara badminton individu Sukan SEA 2021.
Arif dan Haikal yang berusia usia 19 tahun masing-masing ini disingkirkan oleh beregu Indonesia merangkap juara Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022, Pramudya Kusumawardana dan Yeremia Rambitan.
Dalam perlawanan tersebut, Arif-Haikal yang berada di ranking ke-80 dunia terlebih dahulu tumpas pada set pertama dengan skor 13-21. Bagaimanapun, mereka berhasil bangkit untuk merekodkan kemenangan pada set kedua dengan skor 21-17 sekaligus mengeheret beregu di tangga ke-16 dunia itu ke “rubber set”.
Akan tetapi, Pramudya Kusumawardana dan Yeremia Rambitan yang berusia 21 dan 22 tahun masing-masing ini berjaya menutup pertarungan ini dengan kemenangan menerusi skor 21-14 sekaligus menempah tiket ke peringkat suku akhir.
RESULTS: #SEAGames2021 (Individual Event)
R16#INA🇮🇩 Pramudya Kusumawardana-Yeremia Rambitan(1) def. #MAS🇲🇾 Arif Junaidi-Haikal Nazri 21-13 17-21 21-14#DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/qqFMrJjPFF
— BAM (@BA_Malaysia) May 19, 2022
Untuk pengetahuan semua, Pramudya-Yeremia merupakan beregu lelaki No.4 Indonesia selepas daripada Kevin Sanjaya-Marcus Gideon (ranking pertama dunia), Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan (ranking kedua dunia) dan Fajar Alfian-Rian Ardianto (ranking ketujuh dunia).
Sementara itu, dengan kemenangan ini, Pramudya-Yeremia akan berhadapan dengan beregu Filipina, Solomon Padiz Jr dan Julius Villabrille ranking ke-478 dunia di peringkat suku akhir, esok.
Sebagai tambahan, beregu Filipina ini mara selepas menyingkirkan pasangan tuan rumah, Nguyen Dinh Hoang dan Tran Dinh Manh secara “straight set” 25-23 dan 21-15.
UPDATE: Man Wei Chong forced to withdraw from the #Hanoi2021 individual men’s doubles event due to an injury to his left kneecap.
Get well soon, Man! 💪#DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/IimKXEVekf
— BAM (@BA_Malaysia) May 19, 2022
Pada masa yang sama, penyingkiran Arif-Haikal ini juga bermakna Malaysia sudah tidak mempunyai sebarang wakil di dalam acara beregu badminton individu kategori lelaki selepas ini.
Ini berikutan sepasang lagi beregu negara terpaksa menarik diri ekoran Man Wei Chong yang bergandingan bersama Tee Kai Wun mengalami kecederaan di lututnya.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia