Skuad Thailand bawah 23 tahun (B-23) kembali ke pentas final Sukan SEA buat pertama kali selepas lima tahun setelah menumpaskan Indonesia B-23 di peringkat separuh akhir, sebentar tadi.
Thailand yang mendapat sentuhan ketua jurulatih skuad seniornya, Alexandre ‘Mano’ Polking mara selepas memenangi perlawanan dengan keputusan 1-0 ke atas pemenang pingat perak temasya edisi 2019.
Bagaimanapun, kemaraan Thailand itu tidak diberikan laluan mudah oleh Indonesia yang turut dibimbing oleh jurulatih skuad senior, Shin Tae-yong.
VAMOSSSSSSSSSSSSS! 🔥🇹🇭
ช้างศึกทำได้! ผ่านเข้ารอบชิงชนะเลิศซีเกมส์ 2021 🤙🏻#ทีมชาติไทย #TogetherAsOne #Changsuek #Thailand #บอลไทย #ฟุตบอลไทย #FAThailand #ช้างศึกU23 #ทีมชาติไทยU23 #SEAGames31 #SEAGames2021 #SEAGames #ซีเกมส์ pic.twitter.com/FFWNBHHeBr
— Changsuek – ฟุตบอลทีมชาติไทย (@Changsuek_TH) May 19, 2022
Kedua-dua pasukan terlebih dahulu terikat tanpa jaringan selepas beraksi selama 90 minit di Stadium Thien Truong. Ekoran itu, perlawanan terpaksa dilanjutkan menjadi 120 minit permainan.
Dalam masa tambahan itulah, Thailand dapat menghadirkan jaringan tunggalnya menerusi pemain tengah, Weerathep Pomphan pada minit ke-95 sekaligus meletakkan pasukannya mendahului. Indonesia ternyata tiada jawapan balas terhadap jaringan tersebut dan kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat waktu permainan.
Thailand sedang menantikan samada tuan rumah merangkap juara bertahan, Vietnam atau Malaysia yang akan layak ke pentas final untuk berentap dengannya pada 22 Mei di Stadium Nasional My Dinh kelak bagi merebut kilauan pingat emas temasya dwitahunan ini.
Featured Image: Changsuek