Sukan SEA: Dua Beregu Campuran Malaysia, Indonesia Berentap Di Separuh Akhir
May 20, 2022 Hafizuddin Omar

Acara badminton individu dalam kategori beregu campuran di temasya Sukan SEA 2021 menyaksikan dua pasangan Malaysia akan bertembung dengan dua pasangan negara jiran tetangga, Indonesia di peringkat separuh akhir.

Salah satu pertembungan yang akan berlangsung adalah melibatkan Chen Tang Jie-Peck Yen Wei (ranking ke-29, pilihan keempat) menentang Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari (ranking ke-19, pilihan kedua).

Rekod pertemuan Tang Jie-Yen Wei menentang Rinov-Pitha

 

Untuk makluman, Tang Jie dan Yen Wei mengesahkan kemaraan selepas menumpaskan beregu Singapura yang berada di ranking ke-44 dunia secara “straight set” dengan skor 21-19 dan 21-19.

Pasangan Indonesia itu pula mara dengan menyingkirkan beregu Thailand, Panitchaphon Teeraratsakul dan Phataimas Muenwong dengan keputusan 21-10, 16-21 dan 21-15.

Manakala satu lagi perlawanan separuh akhir pula menemukan Hoo Pang Ron-Cheah Yee See (ranking ke-23, pilihan kedua) dengan Adnan Maulana-Mychelle Crhystine Bandaso (ranking ke-28, pilihan ketiga).

Rekod pertemuan Pang Ron-Yee See menentang Adnan-Mychelle

 

Pang Ron-Yee See menempah tiket ke peringkat separuh akhir dengan mengalahkan beregu Thailand, Chaloempon Charoenkitamorn dan Laksika Kanlaha secara “straight set” dengan pungutan mata 21-8 dan 21-16.

Sementara itu, Adnan-Mychelle pula meriah kemenangan ke atas beregu tuan rumah, Vietnam, Do Tuan Duc dan Pham Nhu Thao juga secara “straight set” dengan skor 21-9 dan 21-10.

Sebagai tambahan, perlawanan separuh akhir ini dijadualkan berlangsung pada hari esok.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

Komen