Terbuka Thailand: Liew Daren Jejak Pentas Semi-final Yang Pertama Selepas 2 Tahun
May 20, 2022 Hafizuddin Omar

Sudah lebih dua tahun perseorangan bebas (independent), Liew Daren tidak menikmati aksi di pentas separuh akhir dalam mana-mana kejohanan badminton peringkat antarabangsa.

Namun kemarau ke pentas ‘semi-final’ itu berakhir apabila pemain berusia 34 tahun ini berjaya menumpaskan lawannya, pemain China, Zhao Jun Peng di peringkat suku akhir, dalam saingan Terbuka Thailand 2022, pada hari ini.

Daren yang berada di ranking ke-34 dunia berjaya mengalahkan pemain yang menduduki tangga ke-36 itu dengan pungutan mata 21-10, 19-21 dan 21-19 dalam tempoh masa menghampiri satu jam permainan.

Untuk makluman semua, kali terakhir Daren menikmati aksi di pentas separuh akhir adalah sekitar Februari 2020 di kejohanan Barcelona Spain Masters – sebuah kejohanan Jejalah Dunia Super 300 BWF.

Sementara itu, di peringkat separuh akhir nanti, Daren akan membuat perhitungan samada dengan rakan senegaranya, Lee Zii Jia atau pemain Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito yang berada di tangga ke-24 dunia, pada hari esok untuk merebut tiket ke pentas final.

Featured Image: Badminton Association of Thailand

Komen