Jaguh perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia menempah tiket ke pentas akhir saingan Terbuka Thailand 2022 – Jelajah Dunia Super 500 BWF – selepas menumpaskan penolong jurulatihnya sendiri, Liew Daren.
Daren yang juga merupakan “sparring partner” di bawah kelab naungannya, Lee Zii Jia Badminton Club ditumpaskan dengan skor 21-16, 13-21 dan 21-14 di peringkat separuh akhir yang berlangsung hari ini.
Pertarungan melibatkan pemain bebas (independent) berusia 24 dan 34 tahun masing-masing ini berlangsung dalam tempoh masa hampir satu jam permainan di atas gelanggang.
GR TOYOTA GAZOO RACING Thailand Open 2022
MS – Semi final
21 13 21 🇲🇾Zii Jia LEE🏅
16 21 14 🇲🇾Daren LIEW🕗 in 51 minutes
https://t.co/avGzjZl1cW— BWFScore (@BWFScore) May 21, 2022
Selain itu, kemenangan ini menjadikan Zii Jia melebarkan rekod pertemuan menentang Daren kepada dua kemenangan berturut-turut daripada dua pertembungan secara keseluruhan di pentas antarabangsa.
Pada masa yang sama, ini juga menjadi kemaraan sulung Zii Jia ke pentas akhir kejohanan Jelajah Dunia (World Tour) pada tahun ini.
Sementara itu, Zii Jia yang mara ke pentas akhir akan berentap samada dengan pemain Jepun, Kodai Naraoka (ranking ke-48) atau pemain China, Li Shi Feng (ranking ke-49) di pentas akhir, esok.
Featured Image: Facebook VICTOR