Beregu campuran negara, Chen Tang Jie dan Peck Yen Wei mengesahkan kemaraan ke pentas akhir acara badminton individu Sukan SEA 2021 selepas menumpaskan pasangan campuran No.3 Indonesia.
Tang Jie-Yen Wei yang menghuni ranking ke-29 berhasil menumpaskan Rinov Rivaldy dan Pitha Haningtyas Mentari yang berada di tangga ke-19 dunia dengan skor 20-22, 21-13 dan 21-18.
RESULTS: #SEAGames2021 (Individual Event)
SF#MAS🇲🇾 Chen Tang Jie-Peck Yen Wei(4) def. #INA🇮🇩 Rinov Rivaldy-Pitha Mentari(1) 20-22 21-13 21-18#DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/y4gWyESIXd
— BAM (@BA_Malaysia) May 21, 2022
Untuk makluman semua, ini juga merupakan kemenangan kedua yang diraih oleh Tang Jie-Yen Wei ke atas Rinov-Pitha di pentas antarabangsa. Sebelum ini, mereka mencetak kemenangan ke atas pasangan yang sama ketika beraksi di kejohanan Terbuka Chinese Taipei 2018.
Sementara itu, di pentas final esok, Tang Jie-Yen Wei akan bertemu samada beregu Indonesia, Adnan Maulana-Mychelle Bandaso (ranking ke-24) atau beregu senegara, Hoo Pang Ron-Cheah Yee See (ranking ke-23) untuk merebut kilauan pingat emas temasya dwitahunan ini.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia