Sukan SEA: Hoo Pang Ron-Cheah Yee See Pastikan Pentas Akhir 100% Milik Malaysia
May 21, 2022 Hafizuddin Omar

Kemenangan beregu campuran negara, Hoo Pang Ron dan Cheah Yee See ke atas pasangan campuran No.4 Indonesia memastikan pentas akhir acara badminton individu di Sukan SEA 2021 menjadi milik Malaysia 100%.

Ini berikutan Pang Ron-Yee See yang berada di ranking ke-23 dunia akan menyertai rakan senegaranya, Chen Tang Jie dan Peck Yen Wei yang turut mara ke pentas akhir untuk merebut kilauan pingat emas, esok. 

Dalam perlawanan yang berlangsung tadi, Pang Ron-Yee See mara selepas menumpaskan Adnan Maulana-Mychelle Bandaso (ranking ke-24) dengan pungutan mata 18-21, 21-16 dan 21-17 di peringkat separuh akhir.

Untuk pengetahuan anda, kemenangan ini juga menjadikan rekod pertemuan antara Pang Ron-Yee See menentang Adnan Maulana-Mychelle Bandaso menjadi seimbang, dua kemenangan masing-masing selepas berentap sebanyak empat kali secara keseluruhan.

Sementara itu, Tang Jie-Yen Wei mara dengan menumpaskan juga pasangan Indonesia, Rinov Rivaldy dan Pitha Mentari dengan skor 20-22, 21-13 dan 21-18 dalam aksi separuh akhir, sebelum daripada itu.

Berdasarkan tinjauan, Pang Ron-Yee See dan Tang Jie-Yen Wei pernah bertemu sebanyak satu kali di pentas antarabangsa, sebelum ini. Pertemuan yang berlangsung dalam kejohanan Terbuka Hyderabd 2019 itu menyaksikan kemenangan berpihak kepada Pang Ron-Yee See dengan keputusan 21-16 dan 21-19.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

Komen