Sukan SEA: Tang Jie-Yen Wei Rangkul Emas, Pang Ron-Yee See Bawa Pulang Perak
May 22, 2022 Hafizuddin Omar

Pertembungan dua pasangan negara pada perlawanan akhir dalam acara badminton individu bagi kategori beregu campuran di temasya Sukan SEA 2021 dimenangi oleh Chen Tang Jie dan Peck Yen Wei.

Beregu yang menghuni ranking ke-29 itu membawa pulang kilauan pingat emas setelah berjaya menumpaskan Hoo Pang Ron dan Cheah Yee See yang menghuni tangga ke-23 dunia menerusi tiga set permainan.

Mereka terlebih dahulu tumpas di set pertama dengan skor 15-21 kepada Pang Ron-Yee See. Namun, Tang Jie-Yen Wei berhasil bangkit di set kedua dengan skor 19-21 bagi membolehkan pertarungan ini dibawa ke “rubber set” atau set penentuan. 

Di set ketiga itu, gandingan Tang Jie dan Yen Wei sekali lagi berhasil memenanginya dengan skor 13-21 sekaligus mengesahkan kilauan pingat emas temasya dwitahun edisi kali ini menjadi milik mereka. Sementara itu, Pang Ron-Yee See pula membawa pulang pingat perak.

Sebagai rekod, ini merupakan pertembungan kedua melibatkan kedua-dua beregu campuran ini di pentas antarabangsa. Untuk pengetahuan semua, pertemuan pertama antara mereka turut dimenangi oleh Tang Jie-Yen Wei.

Komen