Artikel

Pemain Skuad Selangor B-21, Husni Idrus Meninggal Dunia 

Pemain skuad Piala Presiden Selangor FC, Muhammad Husni Idrus dimaklumkan meninggal dunia, semalam.

Perkembangan tersebut disampaikan oleh kelabnya menerusi hantaran di pelbagai platform media sosial rasmi, tengah malam tadi. 

Sebelum itu, pemain berusia 21 tahun ini sempat turun beraksi menentang Johor Darul Ta’zim III (JDT III) dalam saingan Piala Presiden, petang semalam.

Bagaimanapun, punca kematian pemain ini masih belum diketahui.

Featured Image: PFA Malaysia

komen