Skuad hoki lelaki kebangsaan menamatkan saingan peringkat Kumpulan B, Hoki Piala Asia 2022 selaku juara selepas menundukkan Bangladesh dengan keputusan 8-1 dalam perlawanan terakhir, sebentar tadi.
Jaringan-jaringan skuad yang turut mendapat julukan Speedy Tigers ini hadir menerusi hatrik oleh Muhammad Razie Abdul Rahim (minit ke-4, ke-14, ke-30), Faizal Saari (minit ke-24, ke-31, ke-46) serta satu gol daripada Muhammad Najmi Farizal Jazlan (minit ke-46) dan Ashran Hamsani (minit ke-60) masing-masing.
Manakala, jaringan oleh Bangladesh pula disumbangkan oleh Ashraful Islam.
Hero Asia Cup 2022
Pool B – 26 May 2022 (Thursday)
FULL TIME
Malaysia 8-1 Bangladesh
4' PS Muhammad Razie Abd Rahim
14' PC Muhammad Razie Abd Rahim
21' PC Ashraful Islam (Ban)
24' FG Faizal Saari
30' PC Muhammad Razie Abd Rahim
31' PC Faizal Saari📸 by: AHF pic.twitter.com/u984QNrpbk
— MHC (@hockeymalaysia) May 26, 2022
Kemenangan 8-1 ini menjadikan Malaysia bukan sahaja menamatkan saingan selaku juara Kumpulan dengan 9 mata malahan turut merekodkan 100% kemenangan dalam kesemua perlawanan.
Dengan kemenangan ini, Malaysia layak untuk menyertai peringkat seterusnya ‘Super 4’ bersama-sama Republik Korea (naib juara Kumpulan B) dan Jepun (juara Kumpulan A). Satu lagi pasukan samada India atau Indonesia akan ditentunkan malam ini.
Di peringkat berikutnya, kesemua empat pasukan akan bertarung menentang setiap pasukan berdasarkan format “single round robin” dan dua pasukan yang menamatkan saingan ini di tangga teratas akan mara perlawanan akhir. Sementara itu, baki dua pasukan lagi akan beraksi di perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat.
Featured Image: Malaysia Hockey Confederation