RETI Diumumkan Sebagai Rakan Pengajian Tinggi Rasmi Kerteh FC
May 27, 2022 Hafizuddin Omar

RANACO Education & Training Institute (RETI) dilantik sebagai rakan Pengajian Tinggi Rasmi buat kelab bola amatur, Kerteh FC untuk musim 2022/23 dengan pilihan lanjutan sehingga 2026.

Perkara tersebut diumumkan oleh skuad The Oilers menerusi makluman di pelbagai platform media sosialnya, pada hari ini.

Dengan kerjasama yang dimeterai ini, Kerteh FC akan menggalakkan para pemain belianya yang layak untuk mengikuti pengajian peringkat sijil atau diploma bersama RETI.

Pada masa yang sama, pihak RETI akan membantu pemain-pemain belia Kerteh FC untuk memperolehi biasiswa pengajian.

Selain itu, kerjasama ini juga menjadikan logo RETI akan muncul di belakang jersi utama Kerteh FC dan termasuklah di bahagian belakang gol di Kerteh Sports City kelak. 

Komen