Ranking BWF: Juara Austria Seng Zoe Catat Peningkatan 15 Anak Tangga
May 31, 2022 Hafizuddin Omar

Kejayaan perseorangan lelaki bebas (independent) negara, Yeoh Seng Zoe memenangi saingan Siri Antarabangsa Terbuka Austria 2022 pada hujung minggu lalu membolehkan dirinya memperbaiki kedudukan ranking dunianya.

Kemenangan di kejohanan tersebut memberikannya 2500 mata dan pungutan mata itu berhasil menyumbang kepada lonjakan 15 anak tangga sekaligus menghuni ranking ke-118 dunia, setelah dikemaskini oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), hari ini.

Kedudukan ke-118 dunia ini juga merupakan yang terbaik pernah dicapainya dalam karier seniornya setakat ini.

Untuk makluman, pemain berusia 24 tahun ini muncul juara selepas menumpaskan pemain Denmark, Magnus Johannesen secara “straight set” dalam perlawanan akhir yang memakan masa 36 minit permainan.

Sebelum itu, Seng Zoe menempah tiket ke perlawanan akhir dengan menyingkirkan pemain Taiwan, Lee Chia Hao (separuh akhir), pemain Perancis, Yanis Gaudin (suku akhir), pemain Austria, Wolfgang Gnedt (Pusingan 16) dan pemain Taiwan, Chi Yu Jen (Pusingan 32).

Sebagai tambahan, Seng Zoe masih kekal berada di benua eropah pada minggu ini dengan mengambil bahagian dalam saingan Cabaran Antarabangsa Itali 2022 yang akan bermula 2 Jun nanti.

Featured Image: Facebook Österreichischer Badminton Verband

Komen