Hasrat Malaysia untuk merangkul kejuaraan sulung dalam kejohanan hoki benua tidak kesampaian apabila tumpas kepada Republik Korea dalam perlawanan akhir Piala Asia 2022, sebentar tadi.
Skuad bimbingan Arul Selvaraj ini tumpas kepada Korea dengan keputusan 1-2.
Dalam perlawanan tersebut, Korea mendapat jaringan menerusi Jung Man-jae (17′) dan Hawng Tae-il (52′). Sementara itu, jaringan tunggal oleh oleh skuad Speedy Tigers pula disumbangkan oleh Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan (52′).
Hero Asia Cup 2022
FINAL – 01 June 2022 (Wednesday)
FULL TIME
Malaysia 1-2 Korea
17' FG Jung Manjae
25' FG Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan
52' FG Hwang Taeil pic.twitter.com/I6wG3LqI9W— MHC (@hockeymalaysia) June 1, 2022
Untuk makluman semua, kemenangan dicapai Korea pada perlawanan akhir ini menjadikan mereka telah memenangi kejohanan ini sebanyak lima kali. Sebelum ini mereka telah merangkulnya di edisi 1994, 1999, 2009 dan 2013.
Untuk rekod, skuad Malaysia berjulukan Speedy Tigers ini tidak pernah muncul juara di kejohanan ini sejak ianya dipertandingkan buat pertama kali pada tahun 1982 oleh Persekutuan Hoki Asia (AHF). Ini bermakna, kemarau kejuaraan di kejohanan ini melangkaui 40 tahun buat Malaysia.
Bagaimanapun, gelaran naib juara di kejohanan kali ini menyamai pencapaian skuad Speedy Tigers pada edisi lalu yang berlangsung di Dhaka, Bangladesh. Ketika itu, Malaysia terpaksa berpuas hati muncul naib juara apabila ditewaskan India 1-2 pada perlawanan akhir.
Featured Image: Malaysian Hockey Confederation