Hasil undian yang dijalankan menyaksikan Malaysia diundi menyertai Kumpulan 4 dalam acara badminton berpasukan bercampuran di temasya Sukan Komanwel 2022 Birmingham.
Di dalam kumpulan tersebut, Malaysia selaku pemenang pingat perak di temasya yang lalu bakal berhadapan dengan dua buah pasukan dari benua afrika iaitu Afrika Selatan dan Zambia serta pasukan dari kepulauan Caribbean, Jamaica.
Sementara itu, juara bertahan, India pula diundi dalam Kumpulan 1 bersama-sama Australia, Sri Lanka dan Pakistan. Tuan rumah merangkap pemenang pingat gangsa di temasya yang lalu diletakkan dalam Kumpulan 2 bersama Singapura, Mauritius dan Barbados. Akhir sekali, Kumpulan 3 pula dibarisi oleh Kanada, Scotland, Maldives dan Uganda.
Untuk makluman semua, Sukan Komanwel pada kali ini akan dilangsungkan bermula 29 Julai hingga 8 Ogos kelak.