Arif Aiman Masih Tak Berpuas Hati Dengan Permainannya
June 2, 2022 Hafizuddin Omar

Persembahan pemain sayap lincah berusia 20 tahun, Arif Aiman Hanapi antara yang mencuri tumpuan para peminat dan memberikan impak buat skuad Harimau Malaya semasa menentang Hong Kong dalam Perlawanan Antarabangsa Tier 1 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Namun begitu, Arif yang juga merupakan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) ini masih tidak berpuas hati dengan corak permainannya dan memasang tekad untuk meningkatkan ke tahap yang lebih baik daripada itu.

“Saya sentiasa tak berpuas hati dengan apa saya main, saya akan mencuba sampai saya berpuas hati (dan) barulah saya akan bercakap (seperti itu),” katanya selepas perlawanan semalam.

Foto: Azri Haziq / Makan Bola

Dalam perlawanan tersebut, Arif yang beraksi sebagai sayap kanan acap kali dilihat berhasil menebuk pertahanan kanan dan memasuki kawasan kotak penalti Hong Kong sebelum mencipta peluang buat rakan sepasukan.

Sayang sekali peluang-peluang yang diciptanya itu tidak dapat diterjemahkan kepada jaringan oleh rakan sepasukan yang lain terutamanya penyerang-penyerang.

Pada masa yang sama, Arif turut menolak label tonggak utama (key player) terhadap dirinya dan menganggap semua pemain adalah sama penting di dalam skuad Harimau Malaya.

“Saya tak harap diri saya key player sebab saya hanya pemain biasa sahaja, semua pemain adalah key player untuk dalam satu pasukan, bukan saya seorang sahaja,” tambahnya.

Featured Image: Football Association of Malaysia

Komen