Artikel

Cabaran Antarabangsa Itali: 4 Perseorangan Lelaki BAM Kandas Di Pusingan Kelayakan

Saingan Cabaran Antarabangsa (International Challenge) Itali 2022 menyaksikan empat perseorangan lelaki yang bernaung di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kandas di pusingan kelayakan.

Penyingkiran pemain-pemain tersebut daripada kejohanan ini bermula dengan Jacky Kok Jing Hong tumpas kepada pemain Perancis, Yanis Gaudin dengan keputusan 13-21, 21-19 dan 21-17 seawal Pusingan 1 peringkat kelayakan.

Ianya diikuti oleh “quarter-finalist” temasya Sukan SEA 2021, Lee Shun Yang disingkirkan oleh pemain Taiwan, Chi Yu Jen secara “straight set” dengan skor 13-21 dan 14-21 di Pusingan 2 peringkat kelayakan.

Di pusingan yang sama itu juga, Ong Ken Yon turut sama ditunjukkan jalan keluar oleh pemain Indonesia, Christian Adinata apabila tumpas dengan skor 13-21, 21-18 dan 10-21.

Akhir sekali, Leong Jun Hao merangkap ahli skuad Piala Thomas 2022 negara turut sama menjejaki langkah empat pemain di atas apabila tewas kepada pemain Taiwan yang menyingkirkan Shun Yang sebelum itu. Jun Hao tewas kepada pemain secara “straight set” dengan skor 15-21 dan 17-21.

Untuk makluman, hanya pemain perseorangan bebas (independent), Yeoh Seng Zoe sahaja menjadi satu-satunya pemain negara yang berhasil melepasi pusingan kelayakan sekaligus melangkah ke “main draw” kategori perseorangan lelaki dalam saingan ini.

Seng Zoe menyertai dua lagi pemain negara, Aidil Sholeh (pemain naungan BAM) dan Cheam June Wei (pemain bebas) beraksi di Pusingan 32 kategori lelaki bagi merebut kejuaraan Cabaran Antarabangsa Itali ini.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

komen