Cabaran Antarabangsa Itali: Kesemua Taruhan Perseorangan Wanita BAM Kandas Di Pusingan Kelayakan
June 3, 2022 Hafizuddin Omar

Saingan Cabaran Antarabangsa Itali 2022 menyaksikan bukan sahaja terkandasnya empat perseorangan lelaki di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) di peringkat kelayakan malahan turut ‘berjangkit’ kepada perseorangan wanita.

Ketiga-tiga perseorangan wanita di bawah naungan BAM yang dihantar menyertai saingan ini gagal meneruskan kemaraan ke babak undian utama (main draw) saingan ini.

Myisha menjadi pemain wanita terawal tersingkir apabila tumpas kepada pemain India, Smit Toshniwal dengan skor 91-21, 21-18 dan 13-21 di Pusingan 2 peringkat kelayakan.

Ianya diikuti oleh Qi Xuan yang ditunjukkan jalan keluar daripada saingan ini oleh pemain Taiwan, Chen Su Yu dengan skor 21-23, 22-20 dan 16-21 di pusingan yang sama.

Akhir sekali, mengikuti jejak langkah yang sama ialah Siti Nurshuhaini setelah ditumpaskan oleh pemain tuan rumah, Katharina Fink menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-18, 9-21 dan 19-21.

Untuk makluman, hanya seorang sahaja pemain wanita yang akan beraksi di peringkat “main draw” iaitu perseorangan bebas, Goh Jin Wei. Dia akan memulakan kempen Cabaran Antarabangsa Itali ini dengan menentang pemain Amerika Syarikat, Jennie Gai di Pusingan 32.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia 

Komen