Perseorangan wanita bebas (independent) negara, Goh Jin Wei berhasil melangkah ke peringkat suku akhir dalam saingan Cabaran Antarabangsa (International Challenge) Itali 2022.
Pemain berusia 22 tahun ini melangkah ke peringkat tersebut setelah berhasil menumpaskan pemain India, Rituparna Das menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 22-24, 21-12 dan 24-22 di Pusingan 16.
Sebelum itu, Jin Wei yang turut diletakkan selaku pilihan kelapan untuk menjuarai saingan ini turut mengalahkan pemain Amerika Syarikat, Jennie Gai juga menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan keputusan 15-21, 21-13 dan 21-9 di Pusingan 32.
Di peringkat suku akhir, Jin Wei bakal berhadapan dengan pemain Kanada yang berada di ranking ke-87 dunia, Rachel Chan. Pertarungan ini akan menjadi pertemuan sulung melibatkan kedua-dua pemain memandangkan mereka belum pernah berentap di dalam mana-mana kejohanan antarabangsa sebelum ini.
Sebagai tambahan, Jin Wei juga merupakan wakil tunggal negara dalam kategori perseorangan wanita di dalam saingan berstatus “International Challenge” ini.
Featured Image: Badminton Association of Thailand