Pasangan beregu lelaki negara yang terkenal dengan julukan ‘Patatimo Boys’ tidak dapat melakukan debut di pentas berstatus Jelajah Dunia Super 500 BWF apabila tersingkir di Pusingan 1 kelayakan Indonesia Masters 2022, sebentar tadi.
Gandingan Wan Arif Junaidi dan Muhammad Haikal yang menghuni ranking ke-80 dunia itu tumpas kepada beregu lelaki China yang baru sahaja digandingkan penghujung Mei lalu, Wang Chang dan Liang Wei Keng. Mereka kini menghuni di ranking ke-424 dunia.
DAIHATSU Indonesia Masters 2022.
MD – Qualification quarter final
🇨🇳Wei Keng LIANG🏅
21 21 🇨🇳Chang WANG🏅
15 16 🇲🇾Junaidi ARIF
🇲🇾Muhammad HAIKAL🕗 in 35 minutes
https://t.co/UsUiKWGdfH— BWFScore (@BWFScore) June 7, 2022
Dalam perlawanan tersebut, Arif-Haikal tumpas secara “straight set” dengan skor 15-21 dan 16-21 dalam tempoh masa 35 minit permainan yang berlangsung di Gelanggang 3, Istora Senayan, Jakarta.
Kekalahan itu menjadikan mereka gagal layak ke Pusingan 32 kelompok undian utama (main draw) Indonesia Masters. Kemaraan itu diraih beregu China ini dan menanti mereka di pusingan tersebut adalah beregu Jepun yang menduduki ranking ke-52 dunia, Hiroki Okamura dan Masayuki Onodera.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia