Perseorangan bebas (independent) negara, Soong Joo Ven berhasil melepasi dua perlawanan peringkat pusingan sekaligus menempatkan dirinya dalam kelompok undian utama (main draw), Pusingan 32, Indonesia Masters 2022.
Pemain berusia 27 tahun ini mara selepas menumpaskan pemain India, Kartikey Gulshan Kumar dan pemain Azerbaijan, Ade Resky Dwicahyo di Pusingan 1 dan 2 peringkat kelayakan masing-masing.
DAIHATSU Indonesia Masters 2022
MS – Qualification round of 16
21 9 21 🇲🇾Joo Ven SOONG🏅
16 21 14 🇮🇳Kartikey GULSHAN KUMAR🕗 in 58 minutes
https://t.co/VBWvTQCflW— BWFScore (@BWFScore) June 7, 2022
Joo Ven yang merupakan “semi finalist” Korea Masters 2022 berhasil menumpaskan pemain India tersebut menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 12-16, 9-21 dan 21-14 dalam tempoh masa menghampiri satu jam.
Manakala pemain Azerbaijan kelahiran Indonesia itu pula ditumpaskan oleh Joo Ven secara “straight set” dengan skor 21-15 dan 21-11 dalam tempoh masa 33 minit permainan.
DAIHATSU Indonesia Masters 2022.
MS – Qualification quarter final
21 21 🇲🇾Joo Ven SOONG🏅
15 11 🇦🇿Ade Resky DWICAHYO🕗 in 33 minutes
https://t.co/yZHd4KkV7w— BWFScore (@BWFScore) June 7, 2022
Di Pusingan 32 yang akan berlangsung esok, Joo Ven bakal berhadapan dengan cabaran besar apabila bakal bertemu dengan pemain Taiwan yang menghuni rangking ke-4 dunia, Chou Tien Chen.
Sebagai rekod, Joo Ven pernah bertemu dengan pemain berusia 32 tahun ini sebanyak satu kali pada tahun 2019. Ketika itu, kedua-duanya berentap dalam saingan Terbuka Australia yang menyaksikan Tien Chen memenangi pertarungan tersebut secara “straight set” dengan skor 21-14 dan 21-8.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia