Artikel

Ranking BWF: ‘Semi-Finalist’ Saingan Itali Rekod Peningkatan 11 Anak Tangga

Kemaraan perseorangan wanita bebas (independent) negara, Goh Jin Wei ke pentas separuh akhir dalam Cabaran Antarabangsa Itali 2022 memberikan peningkatan yang agak mendadak terhadap kedudukan ranking dunianya.

Menerusi kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini, Jin Wei merekodkan peningkatan 11 anak tangga sekaligus meletakkannya di kedudukan ke-70 dunia bagi minggu ke-23.

Sebagai rekod, ini merupakan kedudukan tertinggi diraih oleh Jin Wei selepas menjunam ke tangga ke-94 dunia sekitar awal Januari 2020.

Untuk makluman semua, perjalanan Jin Wei dalam saingan Cabaran Antarabangsa Itali terhenti setakat peringkat separuh akhir apabila dia mengalami kekejangan yang memaksanya untuk menarik diri, pada minggu lalu.

Minggu ini, Jin Wei akan mengambil bahagian dalam satu lagi kejohanan bertaraf “International Challenge” iaitu Denmark Masters 2022.

Di kejohanan ini, Jin Wei akan memulakan kempen dengan menentang pemain India yang menghuni ranking ke-101 dunia, Tanya Hemanth di Pusingan 32.

Featured Image: Badminton Association of Thailand

komen