Harimau Malaya Melonjak Ke Tangga 146 Dunia Selepas Kalahkan Turkmenistan
June 9, 2022 Hafizuddin Omar

Skuad bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya memperbaiki kedudukan ranking dunianya dengan ketara selepas menundukkan pasukan dari rantau asia tengah, Turkmenistan dalam perlawanan pusingan akhir Kelayakan Piala Asia 2023, semalam.

Menerusi perkongsian oleh akaun laman sosial yang memberikan perkembangan terkini mengenai ranking bola sepak negara-negara asia, Footy Rankings, kejayaan skuad bimbingan Kim Pan-gon merekodkan kemenangan 3-1 itu telah memberikan 14.25 mata.

https://twitter.com/FootyRankings/status/1534714253084884997?s=20&t=TMKVJeXoOxyybly_oYTOlA

Pertambahan mata tersebut membolehkan Malaysia melangkau sebanyak tujuh anak tangga dan menghuni ranking ke-146 dunia.

Kiraan ini dibuat selepas selepas tamatnya perlawanan pertama bagi kesemua pasukan yang mengambil bahagian dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2023 semalam.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia menghuni kelompok 150 teratas dunia adalah sekitar 11 tahun yang lalu dengan berada di kedudukan ke-148 dunia.

Bagaimanapun, ini merupakan kiraan tidak rasmi dan kemaskini rasmi ranking dunia oleh badan induk, Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang seterusnya adalah pada 23 Jun kelak.

Featured Image: Syamil Rosli – PFA Malaysia

Komen