TMJ Berundur & Serah Urusan Harian JDT Kepada Pengurusan Tertinggi Kelab
June 9, 2022 Hafizuddin Omar

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim membuat kejutan dengan mengumumkan keputusan untuk berundur daripada kelabnya.

Pengumuman tersebut dikongsikan oleh pelbagai platform media sosial milik pasukan berjulukan skuad Harimau Selatan itu pada hari ini.

Difahamkan keputusan tersebut dilakukan oleh baginda merangkap Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu dilakukan atas faktor tanggungjawab dan komitmennya yang lain.

Pada masa yang sama, baginda turut memaklumkan menyerahkan urusan harian pasukan tersebut kepada pengurusan tertinggi kelab serta mendoakan yang terbaik untuk kelab dan semua.

Sebagai rekod, TMJ mula mengambil alih bola sepak di negeri Johor dengan mencantumkan Johor FA dan Johor FC dan mentransformasikannya menjadi JDT pada musim 2012.

Sejak mengambil alih kelab ini, TMJ telah memimpin skuad Harimau Selatan ini bukan sahaja memenangi pelbagai gelaran di dalam dan luar negara seperti menjuarai saingan Liga Super sebanyak lapan kali dan Piala AFC.

Bahkan baginda turut membawakan pembaharuan dengan terbinanya pusat latihan serba lengkap di Padang Seri Gelam serta sebuah stadium bola sepak moden dan canggih, Stadium Sultan Ibrahim.

Featured Image: JOHOR Southern Tigers

Komen