Terengganu FC Lancar Jersi Away 2022 – ‘Tribute’ Kepada Ashari Samsudin
June 10, 2022 Hafizuddin Omar

Skuad berpangkalan di pantai timur, Terengganu FC melancarkan jersi ‘away’ bagi musim 2022 keluaran pembuat kit dari England, Umbro pada hari ini.

Jersi yang turut dilancarkan sebagai ‘tribute’ kepada pemain legendanya, Ashari Samsudin diperkenalkan pasukan berkenaan menerusi video berdurasi sekitar dua minit di pelbagai platform media sosialnya.

Ianya hadir dengan warna serba hitam yang bermotifkan corak seakan-akan anyaman ketupat serta rekaan ‘continuous arrow’ berwarna hitam dan putih di bahagian hujung lengan dan leher.

Memandangkan ianya merupakan jersi ‘tribute’ kepada Ashari atau nama timangannya, Silent Killer, di bahagian belakang jersi itu turut disematkan angka 110 yang menandakan jumlah jaringan gol yang disumbangkan oleh Ashari ketika berkarier bersama pasukan Terengganu.

Manakala perletakan logo kelab, pembuat kit serta barisan penaja dilihat tidak berubah dan sama seperti rekaan jersi ‘home’ dan ‘third’ yang telah dilancarkan sebelum ini.

Featured Image: Terengganu FC

Komen