Kelayakan Piala Asia: Turkmenistan Kutip 3 Mata, Atasi Bangladesh 2-1
June 11, 2022 Hafizuddin Omar

Pasukan dari rantau asia tengah, Turkmenistan berjaya mengutip tiga mata yang pertamanya selepas mencatatkan kemenangan dalam perlawanan kedua peringkat Kumpulan E dalam saingan pusingan akhir Kelayakan Piala Asia 2023.

Skuad yang dikendalikan oleh Ýazguly Hojageldyýew itu berhasil menundukkan Bangladesh dengan keputusan 2-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), sebentar tadi.

Perlawanan itu menyaksikan Turkmenistan berhasil meraih jaringan seawal minit ke-7 menerusi Altymyrat Annadurdyyew namun selang lima minit kemudiannya, Bangladesh berjaya menjaringkan gol penyamaan menerusi Mohammad Ibrahim.

Bangladesh yang menghuni ranking ke-188 dunia sempat mengikat kedudukan tersebut sehingga ke minit ke-77 sebelum Turkmenistan berhasil menemui jaringan kemenangannya melalui Arslanmyrat Amanow sekaligus menamatkan perlawanan ini dengan keputusan 2-1.

Dengan kemenangan ini, Turkmenistan masih dapat menaruh harapan untuk mara ke saingan Piala Asia pada tahun hadapan namun ianya bergantung kepada keputusan perlawanan antara Malaysia dan Bahrain, malam ini.

Featured Image: Football Association of Malaysia

Komen