Pasukan dari rantau Teluk Parsi, Bahrain berhasil mencatatkan kemenangan ke atas Malaysia biarpun beraksi di atas padang yang becak dan berlumpur di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), sebentar tadi.
Bahrain yang menduduki ranking ke-89 dunia itu meraih kemenangan dengan keputusan 2-1 hasil jaringan oleh Ali Haram dan Abdulla Yusuf Hella (penalti) pada minit ke-57 dan ke-81 masing-masing.
Manakala jaringan tunggal Malaysia pula dihasilkan oleh pemain naturalisasi, Mohamadou Sumareh pada minit ke-55 permainan.
Keputusan Masa Penuh
Kumpulan E • Kelayakan Piala Asia 2023 | Sabtu, 11 Jun 2022
MALAYSIA 🇲🇾 1-2 🇧🇭 BAHRAIN
⚽️ Mohamadou Sumareh 55'
⚽️ Ali Haram 57' Abdulla Yusuf Helal 81' (P)#FAM #HarimauMalaya #ACQ2023 pic.twitter.com/haL2PW5AKR— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 11, 2022
Dengan kemenangan ini, Bahrain turut memungut tiga mata keduanya selepas merekodkan kemenangan ke atas Bangladesh dalam perlawanan pertama, Rabu lalu.
Ketika ini, mereka mempunyai enam mata dan menduduki tangga teratas Kumpulan E. Manakala Malaysia pula berada di tangga kedua dan diikuti oleh Turkmenistan di tangga ketiga dengan tiga mata masing-masing.
Sementara itu, Bangladesh berada di tangga tercorot tanpa sebarang mata selepas kalah dalam kedua-dua perlawanan kepada Bahrain dan Turkmenistan.
Sebagai tambahan, Malaysia akan mengharungi perlawanan terakhir menentang Bangladesh pada 14 Jun (Selasa) kelak.
Featured Image: Football Association of Malaysia