Pogba Diumumkan Sebagai Duta Platform Pelaburan Atas Talian Islamik, Wahed Invest
June 14, 2022 Hafizuddin Omar

Pemain tengah skuad kebangsaan Perancis, Paul Pogba diumumkan menjadi duta jenama (brand ambassador) kepada platform penasihat pelaburan islamik atas talian, Wahed Invest.

Perkara tersebut diumumkan oleh Wahed Invest dan Pogba sendiri menerusi beberapa hantaran di platform media sosial masing-masing.

Menurut laporan Bloomberg, Pogba yang merupakan pemenang Piala Dunia 2018 ini bukan sahaja menjadi duta kepada platform tersebut malahan turut mengeluarkan sejumlah wang miliknya untuk turut sama melabur dan menjadikannya memiliki pegangan di dalam syarikat pemula itu.

Ianya selepas Pogba bertemu dengan pengasas Wahed, Junaid Wahedna di Manchester pada September tahun lalu. Sedangkan pada waktu itu, Pogba didekati oleh Junaid untuk dijadikan duta berbayar kepada Waded.

Untuk makluman semua, Wahed menyasarkan pengguna dapat melabur secara patuh shariah dengan mengelak daripada syarikat yang mendapat faedah atau keuntungan pinjaman, perjudian, alkohol dan tembakau. Pada masa yang sama, ia juga menyasarkan kepada pelabur-pelabur muda.

Sebagai tambahan, penghujung tahun lalu, dalam usahanya untuk meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap tawarannya, mereka turut mengumumkan perlantikan legenda Ultimate Fighting Championship (UFC), Khabib Nurmagomedov sebagai duta.

Featured Image: Paul Pogba Facebook

Komen