Skuad kebangsaan yang menghuni ranking ke-100 dunia, Palestin menutup kempen peringkat Kumpulan B dalam kelayakan Piala Asia 2023 dengan bergaya selepas menundukkan Filipina dalam perlawanan akhir, sebentar tadi.
Dalam perlawanan tersebut, Palestin berhasil menumpaskan skuad berjulukan The Azkals yang dibimbing oleh Thomas Dooley itu dengan keputusan 3-0 hasil jaringan Saleh Chihadeh, Tamer Sayem, Mohammad Yameen dan Abuwarda.
Kemenangan ini membolehkan mereka mengutip 3 mata sekaligus menamatkan saingan ini selaku juara Kumpulan B dengan 9 mata secara keseluruhan serta menempah tiket ke pusingan akhir Piala Asia 2023.
Sementara itu, Filipina pula kekal berada di tangga kedua Kumpulan B dengan empat mata dan kedudukan tersebut tidak akan berubah waima apa sekalipun keputusan yang akan terhasil daripada perlawanan Yaman menentang Mongolia – yang turut berada dalam kumpulan tersebut.
Dengan keputusan ini juga, peluang buat Filipina ke pentas Piala Asia 2023 menjadi semakin tipis dan bergantung kepada pengutan mata oleh lima lagi pasukan yang menamatkan saingan ini selaku naib juara.
Featured Image: The Azkals