Beregu campuran bebas (independent) negara, Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai melakar satu kejutan apabila menyingkirkan pasangan No.1 dunia seawal Pusingan 32 Terbuka Indonesia 2022 – Jelajah Dunia Super 1000 BWF.
Pasangan negara yang berada di tangga ke-14 dunia itu mengalahkan Dechapol Puavaranukroh dan Sapsiree Taerattanachai dari Thailand itu menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-18, 7-21 dan 22-20.
EAST VENTURES Indonesia Open 2022
XD – Round of 32
🇲🇾Soon Huat GOH🏅
21 7 22 🇲🇾Shevon Jemie LAI🏅
18 21 20 🇹🇭Dechapol PUAVARANUKROH
🇹🇭Sapsiree TAERATTANACHAI🕗 in 69 minutes
https://t.co/zCSl11YzCm— BWFScore (@BWFScore) June 14, 2022
Dan perlawanan yang berlangsung di atas Gelanggang 1, Stadium Istora, Senayan ini mengambil masa menghampiri 70 minit permainan.
Sebagai rekod, kedua-dua pasangan ini pernah berentap sebanyak 14 kali sebelum ini. Namun begitu, lapan daripada pertembungan itu dimenangi oleh Dechapol-Sapsiree. Manakala Soon Huat-Jemie Lai memenangi baki enam pertemuan.
Di pusingan 16 kelak, Soon Huat-Shevon Lai akan bertemu samada gandingan baharu negara, Hoo Pang Ron dan Toh Ee Wei (ranking ke-445) atau beregu Jepun, Yuki Kaneko dan Misaki Matsutomo (ranking ke-16).
Featured Image: Victor Instagram