Terbuka Indonesia: Lee Zii Jia Lebarkan Kemenangan Ke Atas Pemain No.3 Thailand
June 14, 2022 Hafizuddin Omar

Perseorangan lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia berhasil melebarkan kemenangannya ke atas pemain Thailand, Sitthikom Thammasin kepada empat.

Zii Jia yang berada di ranking kelima mengesahkan kemenangan terbaru ke atas perseorangan lelaki No.3 Thailand itu selepas menumpaskannya di Pusingan 32, saingan Terbuka Indonesia 2022, sebentar tadi.

Dalam perlawanan tersebut Zii Jia berhasil merekodkan kemenangan Sitthikom secara “straight set” dengan skor 21-15 dan 21-14 dalam tempoh masa 41 minit permainan.

Kemenangan ini juga membolehkan Zii Jia melangkah ke Pusingan 16 dalam saingan berstatus Jelajah Dunia Super 1000 BWF.

Sebagai rekod, sebelum ini, Zii Jia merekodkan tiga kemenangan ke atas Sitthikom dalam saingan Indonesia Masters 2019, Malaysia Masters 2019 dan Korea Masters 2018.

Sementara itu, Zii Jia akan bertemu samada pemain Perancis, Thomas Rouxel (ranking ke-43) atau pemain India, Sameer Verma (ranking ke-30) di peringkat seterusnya, Pusingan 16.

Featured Image:  Badminton Asia

Komen