Terbuka Indonesia: Aaron-Wooi Yik Atasi Beregu Senior Korea Untuk Mara Ke Pusingan 16
June 15, 2022 Hafizuddin Omar

Beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik berhasil meloloskan diri ke Pusingan 16 saingan Terbuka Indonesia 2022 – Jelajah Dunia Super 1000 BWF.

Pasangan yang menghuni ranking ketujuh dunia itu mara selepas menundukkan beregu senior Korea, Kim Gi-jung dan Kim Sa-rang, yang berusia 31 dan 32 tahun masing di Pusingan 32, sebentar tadi. 

Dalam perlawanan tersebut, Aaron-Wooi Yik mengalahkan gandingan Gi-jung dan Sa-rang ini menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-18, 11-21 dan 21-11 dalam tempoh masa menghampiri 50 minit permainan.

Untuk makluman semua, ini juga merupakan pertemuan sulung melibatkan kedua-dua pasangan beregu ini di pentas antarabangsa.

Sementara itu, Aaron-Wooi Yik bakal berjumpa dengan samada beregu Perancis, Christo Popov dan Toma Junior Popov (ranking ke-28) atau beregu Belanda, Ruben Jille dan Ties Van der Lecq (ranking ke-44) di Pusingan 16 kelak.

Featured Image: Badminton Asia

Komen