Menjelang kejohanan ulung Piala Dunia 2022 yang berlangsung penghujung tahun ini, Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) dengan kerjasama Visa melancarkan kad kredit-i bertemakan FIFA, pada hari ini.
Permohonan kad kredit-i ini dibuka kepada pelanggan sedia ada dan baharu Bank Islam, bagaimanapun, kad kredit-i yang dihiasi dengan ilustrasi trofi ikonik serba emas Piala Dunia itu terhad kepada 10,000 unit sahaja.
Disamping itu, bersama-sama dengan pelancaran kad kredit-i ini, Bank Islam turut melancarkan Kempen Kad Kredit-i Bank Islam Visa Bertemakan FIFA yang bermula 15 Jun hingga 30 September 2022.
Kempen ini menjanjikan dua hadiah utama berupa dua tiket perlawanan bagi menonton saingan Piala Dunia, dua tiket penerbangan pergi-balik, penginapan serta wang tunai bernilai RM10,000.
Selain itu, pemegang kad kredit-i ini turut berpeluang untuk memenangi hadiah saguhati bulanan seperti “cashback” (pulangan tunai), baucer Shopee, baucer sukan, bola rasmi Piala Dunia 2022 serta powerbank 6,000 mAh bertemakan FIFA.
Untuk memenangi hadiah-hadiah di atas, pemegang kad kredit-i ini perlu berbelanja dengan nilai minimum RM200 dalam satu resit sepanjang tempoh kempen ini berlangsung.
Untuk makluman semua, permohonan kad kredit-i bertemakan FIFA ini boleh dibuat di cawangan Bank Islam.
Featured Image: Bank Islam Malaysia Berhad