Terbuka Indonesia: Gandingan Baharu Pang Ron-Ee Wei Singkir Beregu No.14 Dunia
June 16, 2022 Hafizuddin Omar

Gandingan beregu campuran baharu di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Hoo Pan Ron dan Toh Ee Wei berhasil melakukan kejutan dengan menyingkirkan pasangan No.14 dunia di Pusingan 16 dalam saingan Terbuka Indonesia 2022.

Bertambah mengejutkan, Pan Ron-Ee Wei yang mula bergandingan sejak minggu lalu berhasil menyingkirkan Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai merangkap beregu senegara secara “straight set” dengan skor 21-19 dan 21-19 dalam tempoh masa 39 minit.

Kemenangan ini membolehkan Pang Ron-Ee Wei meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir saingan berstatus Jelajah Dunia Super 1000 BWF ini buat pertama kali sejak bergandingan bersama.

Sementara itu, di peringkat suku akhir yang dijadualkan berlangsung pada hari esok, Pang Ron-Ee Wei bakal berentap menentang beregu campuran Korea yang menghuni ranking keenam dunia, Seo Seung-jae dan Chae Yu-jung. 

Pasangan ini mara selepas menumpaskan beregu Hong Kong, Chang Tak Chin dan Ng Wing Yung yang berada ranking ke-27 secara “straight set” dengan skor 21-19 dan 28-26 di Pusingan 16, sebentar tadi.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

Komen