Terbuka Indonesia: Aaron-Wooi Yik Singkir Beregu Belanda & Melangkah Ke Suku Akhir
June 16, 2022 Hafizuddin Omar

Beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik melayakkan diri ke peringkat suku akhir saingan Terbuka Indonesia 2022 selepas menyingkirkan beregu Belanda, sebentar tadi.

Aaron-Wooi Yik yang berada di ranking ketujuh dunia mara selepas merekodkan kemenangan ke atas Ruben Jille dan Ties Van Der Lecq menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-17, 16-21 dan 21-6 dalam tempoh masa 44 minit.

Kemenangan di Pusingan 16 ini menjadikan Aaron-Wooi Yik meneruskan rentak kemenangan kedua berturut-turut bertemu beregu yang berada di ranking ke-44 dunia ini.

Pertembungan sulung melibatkan kedua-dua beregu ini turut memihak kepada Aaron-Wooi Yik dengan kemenangan secara “straight set” 21-17 dan 21-9 dalam tempoh masa 23 minit di saingan Terbuka Denmark 2021.

Sementara itu, di peringkat suku akhir yang dijadualkan berlangsung pada hari esok, Aaron-Wooi Yik bakal berhadapan samada beregu tuan rumah, Pramudya Kusumawardana-Yeremia Rembitan atau beregu Taiwan, Lee Yang-Wang Chi-lin.

Featured Image: Badminton Association of Thailand

Komen