Terbuka Indonesia: Perjalanan Pang Ron-Ee Wei Disekat Beregu No.6 Dunia
June 17, 2022 Hafizuddin Omar

Perjalanan gandingan campuran baharu, Hoo Pang Ron dan Toh Ee Wei dalam saingan Terbuka Indonesia 2022 – Jelajah Dunia Super Super 1000 BWF – nampaknya tamat di peringkat suku akhir.

Ini berikutan Pang Ron-Ee Wei tumpas kepada pasangan beregu Korea yang menghuni ranking keenam dunia, Seo Seung-jae dan Chae Yu-jung di peringkat tersebut, sebentar tadi.

Dalam perlawanan tersebut, Pang Ron-Ee Wei tumpas “straight set” kepada pasangan terbabit dengan skor 16-21 dan 17-21 dalam tempoh masa 35 minit permainan yang berlangsung di Gelanggang 3, Istora Senayan.

Selepas daripada ini, Pang Ron-Ee Wei akan mengambil bahagian dalam saingan Terbuka Malaysia 2022 yang akan bermula pada 28 Jun kelak.

Pasangan yang akan menjadi lawan pertama mereka di Pusingan 32 kelak ialah Zheng Si Wei dan Huang Ya Qiong merangkap beregu No.2 dunia.

Sementara itu, Seung-jae dan Yu-jung yang mara ke pentas separuh akhir akan menantikan cabaran samada daripada beregu Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino atau beregu Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

Komen