Beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik memastikan tiket ke pentas separuh akhir Terbuka Indonesia 2022 – Jelajah Dunia Super 1000 BWF – menjadi milik mereka.
Kemaraan itu itu berhasil diraih selepas Aaron-Wooi Yik mengalahkan wakil tuan rumah, Pramudya Kusumawardana dan Yeremia Rambitan di peringkat suku akhir, sebentar tadi.
Dalam perlawanan tersebut, Aaron-Wooi Yik yang menghuni ranking ketujuh dunia mengalahkan pasangan tersebut menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 14-21, 21-12 dan 22-20 dalam tempoh masa menghampiri satu jam permainan.
EAST VENTURES Indonesia Open 2022
MD – Quarter final
🇲🇾Aaron CHIA🏅
14 21 22 🇲🇾Wooi Yik SOH🏅
21 12 20 🇮🇩Pramudya KUSUMAWARDANA
🇮🇩Yeremia Erich Yoche Yacob RAMBITAN🕗 in 55 minutes
https://t.co/ADUbrVPOu8— BWFScore (@BWFScore) June 17, 2022
Bagaimanapun, di akhir set ketiga pertarungan terbabit, Aaron-Wooi Yik mudah mengesahkan kemenangan apabila Yeremia mengalami kecederaan yang agak serius.
Ketika itu, kedudukan mata adalah 18-20. Namun begitu, pasangan tersebut tidak mahu menarik diri daripada perlawanan terbabit dan bermain sehingga ke penghujungnya dan akur kepada kekalahan di tangan beregu negara.
Untuk makluman semua, ini merupakan pertemuan kedua melibatkan kedua-dua pasangan dari Malaysia dan Indonesia ini di pentas antarabangsa.
Pertembungan pertama melibatkan kedua-dua pasangan ini berlangsung di pentas final Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022 pada awal Mei lalu yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada Pramudya-Yeremia.
Sementara itu, Aaron-Wooi Yik yang meneruskan kemaraan ke pentas separuh akhir akan menantikan saingan samada daripada sepasang lagi beregu Indonesia, Fajar Alfian-Rian Ardianto (ranking ke-6) atau beregu China, Chen Liu Yen-Ou Xuan Yi (ranking ke-75).
Featured Image: Badminton Asia