Setelah membuat 607 penampilan serta menjaringkan 237 gol bersama pelbagai kelab di Argentina, Brazil, England, Itali dan China sebagai pemain, kini, Carlos Tevez memulakukan karier baharu sebagai jurulatih.
Menerusi makluman kelab berpangkalan di Argentina, Club Atletico Rosario Central mengumumkan bekas penyerang berusia 38 tahun itu dilantik sebagai pengurus mereka dengan kontrak selama 12 bulan.
Untuk pengetahuan semua, ini merupakan karier sulung Tevez dalam bidang kejurulatihan skuad senior sejak mengumumkan persaraannya selaku pemain awal Jun lalu.
π°ποΈ Β©οΈ E N T R A L#VamosCanalla πͺπΌπΊπ¦ pic.twitter.com/j1JS8sOmC1
— Rosario Central (@RosarioCentral) June 21, 2022
Memetik laporan ESPN, Tevez berkongsikan bahawa jurulatih kelahiran Itali, Antonio Conte menjadi ikutannya dalam bidang kejurulatihan. Dia berhasrat untuk membentuk pasukannya ini untuk bermain menghampiri gaya yang diterapkan seperti Conte.Β
Dijangka, Tevez akan melakukan debut kejurulatihannya bersama Rosario Central pada 24 Jun menentang Gimnasia La Plata dalam saingan liga domestik.
Sebagai tambahan, kelab terakhir yang disertainya sebelum mengumumkan persaraan ialah Boca Juniors – kelab dimana dia memulakan karier bola sepak profesionalnya sekitar dua dekad lalu.