Artikel

Ranking FIFA: Harimau Malaya Duduki Tangga Ke-147 Secara Rasmi

Skuad bola sepak lelaki kebangsaan, Harimau Malaysia secara rasminya menghuni ranking ke-147 dunia setelah Persekutuan Persatuan Bola Sepak Dunia (FIFA) melakukan kemaskini terbaru, pada hari ini.

Kemaskini tersebut menyaksikan skuad negara yang dibimbing oleh Kim Pan-gon berhasil merekodkan peningkatan sebanyak tujuh anak tangga berbanding ranking terdahulu – tangga ke-154 dunia.

Peningkatan ini diraih hasil daripada mengharungi lima perlawanan dimana dua kemenangan terhasil ketika beraksi perlawanan antarabangsa tier 1 menentang Brunei Darussalam dan Hong Kong.

Manakala baki tiga perlawanan lagi merupakan aksi pusingan akhir Kelayakan Piala Asia 2023 menentang Turkmenistan (menang), Bahrain (kalah) dan Bangladesh (menang).

Untuk rekod, ini merupakan kali pertama sejak tahun 2014 skuad kebangsaan berhasil menempatkan diri mereka dalam kelompok 150 teratas dunia.

Sementara itu, Republik Iran masih mengekalkan statusnya sebagai pasukan No.1 asia dengan menghuni ranking ke-23 dunia. Manakala, Vietnam pula merupakan pasukan No.1 ASEAN dengan menduduki tangga ke-97 dunia.

Sebagai tambahan, kemaskini ranking dunia yang berikutnya adalah pada 25 Ogos 2022. 

Featured Image: Football Association of Malaysia

komen