Pemain perseorangan muda negara, Justin Hoh berjaya menempah tiket ke pentas akhir saingan Terbuka Croatia 2022 – saingan berstatus “Future Series”.
Pemain berusia 18 tahun ini mengesahkan kemaraan tersebut selepas menundukkan lawannya dari Hong Kong, Jason Gunawan di peringkat separuh akhir, petang tadi.
Dalam perlawanan tersebut, Justin yang menghuni ranking ke-480 dunia berhasil merekodkan kemenangan menerusi tiga set pertarungan yang berkesudahan dengan skor 21-12, 17-21 dan 21-17.
Sementara itu, dengan kemenangan ini, Justin akan bertemu pemain Vietnam, Nguyen Hai Dang (ranking 296) pada perlawanan akhir kelak untuk merebut gelaran juara bagi kejohanan ini.
Untuk makluman semua, di kejohanan ini, Justin bermula dengan beraksi di Peringkat Kelayakan Pusingan 128, Peringkat Kelayakan Pusingan 64, Peringkat Kelayakan Pusingan 32 dan Peringkat Kelayakan Pusingan 16 terlebih dahulu sebelum menyertai babak undian utama (main draw).
Featured Image: Badminton Association of Malaysia