Artikel

FIFA Benar Bawa 26 Pemain Ke Saingan Piala Dunia 2022 Qatar

Badan induk bola sepak dunia, Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) membenarkan setiap pasukan untuk membawa seramai 26 pemain menyertai saingan Piala Dunia 2022 Qatar kelak.

Perkara tersebut diumumkan selepas Biro Majlis FIFA yang terdiri daripada Presiden FIFA serta enam presiden konfederasi meluluskan perkara tersebut, semalam.

Difahamkan, perubahan tersebut dilakukan oleh FIFA bagi memberikan fleksibiliti disebabkan penganjuran saingan Piala Dunia kali ini berlangsung pada waktu yang unik dan kesan daripada pandemik Covid-19.

Untuk makluman semua, perubahan ini menjadikan saiz skuad Piala Dunia pada kali ini bertambah seramai tiga pemain berbanding edisi terdahulu – 23 pemain sahaja.

Semantara itu, dalam kenyataan yang sama, FIFA turut memaklumkan, bangku simpanan semasa perlawanan Piala Dunia kelak hanya boleh diisi tidak melebihi 26 individu dimana 15 daripadanya merupakan pemain gantian sementara baki 11 lagi adalah pegawai pasukan.

Sebagai tambahan, saingan Piala Dunia 2022 ini akan berlangsung bermula 21 November hingga 18 Disember kelak.

Featured Image: FIFA World Cup

komen