Astro Siar Saingan Terbuka Malaysia Secara Langsung Bermula Pusingan 32
June 24, 2022 Hafizuddin Omar

Para peminat badminton tempatan boleh menyaksikan saingan Terbuka Malaysia 2022 – Jelajah Dunia Super 750 BWF – bermula Pusingan 32 secara langsung menerusi Astro.

Ini setelah stesen televisyen berbayar terbabit mengumumkan menyiarkannya secara langsung saingan berkenaan menerusi satu perkongsian yang dibuat di laman sosialnya, semalam.

Untuk makluman semua, saingan Terbuka Malaysia ini akan bermula 28 Jun hingga 3 Julai kelak di Axiata Arena Bukit Jalil.

Sebagai tambahan, saingan ini bakal disertai oleh beberapa pemain handalan tempatan seperti Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin, Pearly Tan-Thinaah Muralitharan dan beberapa pemain yang lain lagi.

Untuk pengetahuan semua, saingan yang berlangsung selama enam hari ini menawarkan hadiah wang tunai berjumlah hampir RM3 juta secara keseluruhan.

Manakala juara bagi setiap kategori pula akan diberikan 11,000 mata sementara naib juara pula akan membawa pulang 9,350 mata.

Komen