Kuala Lumpur City (KL City) ternyata tidak mengambil manfaat penuh beraksi di tempat sendiri untuk merekodkan kemenangan dalam perlawanan pembukaan peringkat Kumpulan H dalam saingan Piala AFC 2022.
Sebaliknya skuad kendalian Bojan Hodak ini hanya meraih keputusan seri tanpa sebarang jaringan ketika turun beraksi menentang wakil Indonesia, PSM Makassar di Stadium Bola Sepak Cheras, sebentar tadi.
Dalam permainan tersebut, KL City yang juga merupakan juara Piala Malaysia 2021 dilihat melancarkan banyak serangan ke arah gawang PSM Makassar.
⏰ FT: 🇮🇩 PSM Makassar 0️⃣-0️⃣ Kuala Lumpur City FC 🇲🇾
Both sides cancel each other out in their campaign opener and settle for a point each in Group H! #AFCCup2022 | #PSMvKLC pic.twitter.com/k9yfsFiWn6
— #AFCCup (@AFCCup) June 24, 2022
Namun begitu, ketumpulan bahagian serangan yang ketara menjadikan skuad The City Boys tidak dapat merekodkan kemenangan sekaligus terpaksa akur dengan keputusan 0-0 sehingga pengadil perlawanan meniup wisel menamatkan permainan.
Dengan keputusan ini, KL City dan PSM Makassar terpaksa berpuas hati memungut satu mata masing-masing daripada perlawanan sulung ini.
Untuk perlawanan seterusnya, PSM Makassar dijadualkan turun menentang wakil Singapura, Tampines Rovers pada 27 Jun (Isnin) hadapan di venue yang sama.
Sementara itu, KL City pula akan menghadapi perlawanan kedua dan terakhir menentang Tampines Rovers pada 30 Jun (Khamis).
Untuk makluman, hanya juara kumpulan serta satu naib juara terbaik antara Kumpulan G, H dan I akan layak ke peringkat seterusnya.
Featured Image: AFC Cup