Pertahanan Brazil Mauricio dos Santos Umum Tinggalkan JDT 
June 27, 2022 Hafizuddin Omar

Johor Darul Ta’zim (JDT) kehilangan salah satu tonggak importnya apabila pertahanan kelahiran Brazil, Mauricio dos Santos Nascimento mengumumkan meninggalkan kelab tersebut.

Pertahanan berusia 33 tahun itu mengumumkan meninggalkan skuad Harimau Selatan menerusi satu hantaran di laman sosialnya, sebentar tadi.

“Terima kasih JDT. Terima kasih Malaysia. Saya bersyukur untuk setiap saat tinggal di sini di negara yang indah ini.” tulisnya.

Untuk makluman semua, Mauricio menyertai JDT sejak penghujung tahun 2018 daripada kelab yang beraksi dalam kancah bola sepak Itali, Lazio.

Sepanjang menyarung jersi Merah Biru semenjak saat itu, Mauricio telah membuat 58 penampilan serta membantu JDT merangkul lapan trofi iaitu empat kejuaraan Liga Super serta empat trofi Piala Sumbangsih.

Featured Image: JOHOR Southern Tigers

Komen