Saingan bola jaring kebangsaan, Netball Super League (NSL) 2022 menyaksikan pasukan daripada selatan semenanjung tanah air, Johor Jewels muncul juara bagi edisi kedua kali ini.
Pasukan yang dibimbing oleh Fazira Mesnan ini meraih kejuaraan dengan menumpaskan juara bertahan, Kuala Lumpur (KL) Wildcats dengan 50-40 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara, semalam.
YAM Che’ Puan Besar Khaleeda meluangkan masa melihat perlawanan akhir Sooka Liga Super Bola Jaring (Sooka Netball Super League) antara Johor Jewels menentang KL Wildcats yang berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2022. Allah Berkati Johor. pic.twitter.com/mAg90qVTeO
— YAM Che' Puan Mahkota Khaleeda Johor (@chepuankhaleeda) June 26, 2022
Kejayaan itu membolehkan Johor Jewels membawa pulang hadiah utama berupa wang ganjaran yang berjumlah RM20,000. Selain itu, dua pemainnya, Fariha Abdul Razak dan Gayani Samanthika pula memenangi anugerah individu iaitu Penyerang Terbaik dan Pertahanan Terbaik masing-masing.
Untuk makluman semua, Johor Jewels mara ke pentas final dengan menumpaskan Pahang Tulips 73-54 di peringkat separuh akhir. Sebelum itu, Johor Jewels mengesahkan diri ke saingan separuh akhir apabila menamatkan saingan “liga sepusingan” selaku juara dengan mengutip 21 mata daripada 7 perlawanan.
Featured Image: YAM Che’ Puan Besar Khaleeda Facebook