Piala Asia: AFC Lanjut Pelawaan Tunjuk Minat Jadi Hos Sehingga 15 Julai
June 28, 2022 Hafizuddin Omar

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengumumkan melanjutkan Pelawaan Tunjuk Minat (EOI) untuk menjadi hos kejohanan Piala Asia 2023 sehingga 15 Julai kelak.

Lanjutan tersebut diumumkan oleh badan induk berkenaan menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan di laman sesawang rasmi dan dikongsikan di pelbagai platform media sosialnya, pada hari ini.

Sebelum ini, AFC meletakkan tarikh tutup bagi menghantar EOI ini pada 30 Jun. 

Untuk makluman semua, EOI ini dikeluarkan oleh AFC selepas hos sedia ada iaitu China menarik diri daripada menjadi tuan rumah pada tahun hadapan ekoran pandemik Covid-19 yang kembali ‘mengganas’ di negara mereka.

Sementara itu, menurut laporan beberapa media, antara negara yang disebut-sebut berminat untuk menjadi tuan rumah bagi kejohanan ini ialah Republik Korea, Jepun, Qatar dan Australia.

Featured Image: AFC

Komen