Beregu campuran negara, Chan Peng Soon dan Cheah Yee See terpaksa menerima hakikat kandas seawal Pusingan 32 dalam saingan Terbuka Malaysia 2022 – Jelajah Dunia Super 750 BWF.
Peng Soon dan Yee See yang kembali bergandingan semula sejak awal Jun lalu tumpas kepada pasangan No.3 Indonesia merangkap beregu No.19 dunia, Rinov Rivaldy dan Pitha Mentari.
PETRONAS Malaysia Open 2022
XD – Round of 32
🇮🇩Rinov RIVALDY🏅
9 21 22 🇮🇩Pitha Haningtyas MENTARI🏅
21 12 20 🇲🇾Peng Soon CHAN
🇲🇾Yee See CHEAH🕗 in 53 minutes
https://t.co/vyYqwEYHL9— BWFScore (@BWFScore) June 28, 2022
Dalam perlawanan tersebut, Peng Soon-Yee See yang berada di ranking ke-217 dunia tumpas menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-9, 12-21 dan 20-22 dalam tempoh masa menghampiri satu jam permainan.
Sebagai rekod, pertemuan yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil ini merupakan pertembungan sulung melibatkan kedua-dua pasangan ini di pentas antarabangsa.
Sementara itu, Rivaldy-Pitha yang berhasil merekodkan kemenangan akan bertemu beregu Hong Kong yang menghuni ranking ke-7 dunia, Tang Chun Man-Tse Ying Suet di Pusingan 16 kelak.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia